Urwah bin Zubair

Urwah bin Zubair (Bahasa Arab: عروة بن زبير‎, w. 94 H/712 M) adalah salah satu daripada Tujuh Fuqaha Madinah, iaitu sekumpulan ulama dari generasi tabi'in yang merupakan tokoh-tokoh utama perundangan agama di kota Madinah selepas kematian generasi sahabat yang sezaman dengan Nabi Muhammad.[1][2][3]Urwah adalah anak kepada pasangan Asma binti Abu Bakar dan Zubair bin Awwam, adik kepada Abdullah bin Zubair, dan juga anak saudara kepada Aisyah.[4] Nenek Urwah adalah Safiyyah binti Abdul Muttalib, ibu saudara Nabi Muhammad dari keluarga ayahnya.[4]Urwah bin Zubair adalah perawi kebanyakan hadis-hadis yang datang dari Aisyah, selain daripada para sahabat yang lain seperti Ali, Umar, Ibnu Abbas, Abu Ayyub al-Ansari, dan lain-lain. Selain itu, beliau juga menerima pengajaran dari Said bin al-Musayyab, yang tujuh atau lapan tahun lebih tua daripadanya.[4] Para perawi hadis yang mengambil jalan periwayatan dari padanya, termasuk Qatadah bin Di'amah, Ibnu Syihab az-Zuhri, Yahya bin Said al-Ansari, dan Zaid bin Aslam.[4]